nurul auni najihah ?????

       ➜ pagi , kelas 3 ibnu sina

hari ini aku bertanya kepada dia siapakah nama adiknya . dia hanya tersenyum . ketua kelasku pergi ke arahnya lalu mereka berbisik akan sesuatu yang tidak aku ketahui . selesai sahaja berbisik , ketau kelas memandangku sambil tersyum . hmmm... senyumannya membawa seribu makna . seperti ada udangdi sebalik batu ! tetapi.. apakah maknanya ??? hmm.. aku berfikir sejenak . adakah nama adiknya betul-betul sama denganku ??? tidaaakk ! tak mahu ! huhu . okey , itu hanya sebuah sangkaan . belum tentu menjadi kenyataan , bukan ? aku cuba untuk mententeramkan diriku .
        'fuhhh , relaks dyba relaks,' monolog diriku .
perasaanku membuak-buak ingin tahu siapakah nama adiknya . bak kata orang putih , i'm too eager to know what his sister's name is .
        'argghhh . aku tidak berpuas hati . aku nak tahu jugakk !' kataku dalam hati .
aku mulai membodek si ketua kelas supaya memberitahuku siapakah namanya .
        'kau tak payah tahu lahh..' katanya .
aku bertanya lagi sehingga dia memberitahuku siapakah nama adik menu .
        'betul ni kau nak tahu??' tanya si ketua kelas .
        'bagi tau je lahh...' balasku . 'nama dia nurul auni najihah,' ketua kelas menjawab soalanku akhirnya . chopchopchop ! najihah ?? kenapa terselit namaku di situ ?? aku masih tidak berpuas hati . aku mengesyaki dia menipuku . huh .
        'menu, betul ke ?????' aku bertanya kerana mahukan kepastian .
ini antara hidup dan mati . cewahhh~
        'betul lahhh,' balasnya . rakan sekelasku sudah mula memecah kesunyian pagi .
        'tak dapat dyba letak nama kat adik pun jadi lahh...' gurau seorang rakanku .
argghhhh. 'takkan lahhh..' bebel hatiku . aku melihat ke arah ketua kelas dengan pandangan yang tajam . aku mahukan kepastian dan kebenaran ! tetapi , ketua kelas hanya tersenyum sambil mengangkat keningnya . argghhh . aku membatukan diri di dalam kelas . mulutku kukunci . senyuman hilang daripada wajahku . tiba-tiba...
        'weh dyba , janganlah sedih ,' sapa ketua kelasku .
aku hanya memandangnya dengan pandangan kosong . seakan-akan tidak percaya apa yang telah aku dengari sebentar tadi . hmmm.. aku pasrah... chill dyba chill :)