hey ! dia dapat adik baharu lah !

   ➜ pagi , kelas 3ibnu sina...

seperti hari-hari yang sebelumnya , rakan-rakanku sering bertanya kepada salah seorang rakanku yang bakal menimang adik baharu . wuuu.. aku pun tidak terkecuali menyibukkan diri bertanya tentang adik baharunya .  
      'weh, mak kau dah bersalin ?' aku memulakan bicara dengan bertanya .
      'dah..' balasnya ringkas .
      aku bertanya lagi , 'bila mak kau bersalin ?' sekali lagi dia menjawab soalanku dengan sambil lewa 'pagi jumaat..'
dengan tak semena-mena satu kelas riuh .
      'menu, mak kau dah bersalin ??? kenapa tak cakap ?? kenapa kau tak pergi tengok mak kau ??' bertubi-tubi soalan ditanya oleh rakan sekelas yang lain terhadapnya . dia hanya tersenyum . wordless lah tu ! haha >_< entah mengapa pada suatu hari boleh mencadangkan nama adiknya dengan namaku .
      'weh, nanti adik kau nak bagi nama aku ea ???' tanpa segan silu , mulutku menuturkan soalan tersebut . sejujurnya niatku hanya  ingin bergurau dan tidak bermaksud sebegitu memandangkan aku dan dia asyik diskandalkan sahaja di dalam kelas . dia hanya tersenyum agak sinis apabila aku berkata sedemikian . akan tetapi aku berharap perkara itu tidak akan menjadi kenyataan untuk mengelakkan gosip-gosip liar bermaharajalela terhadap diriku . fuhhh.. alangkah penatnya hendak menepis semua gosip liar tersebut . ya Allah , jauhi lah daku daripada gosip yang tidak boleh dijinakkan itu.. aminn..