ber'dating' ??

   ➜ pagi , waktu gerak gempur , kelas 3is

sedang aku asyik menjawab soalan , tiba-tiba rakan sebelahku memanggilku . perlahan-lahan aku memandang ke arahnya . keliatan bibirnya bergerak-gerak seperti mengatakan sesuatu . aku memandangnya agak lama untuk mentafsir apa yang sedang dia tuturkan . suaranya tidak jelas . setelah beberapa ketika , baru aku dapat 'menangkap' maksudnya . dia mahukan jawapan ! aku berfikir sebentar . perlukah aku beri dia jawapan ? aku hanya tersenyum padanya sambil melihat guruku di bahagian hadapan kelas . alangkah terkejutnya diriku apabila guruku sedang memerhatikan aku dengan dia sambil tersengih .
        'korang berdating ye....' usik guruku .
sejurus selepas guruku berkata sedemikian , rakan-rakan yang lain terus memandangku . usikan guruku telah menyebabkan kekhusyukkan mereka menjawab soalan terganggu . 
        'wooo... dating masa periksa !' jerit seorang rakanku . rakan-rakan yang lain ketawa . riuh benar kelasku . aku menafikannya sekeras-kerasnya ! argghh.. malunya ! malu tahu malu ! guruku menyuruh rakan-rakanku senyap . peperiksaanlah katakan . aku kembali menyambung menjawab soalan . berasa sedikit lega kerana rakan-rakanku sudah mula fokus pada kertas soalan . ada seketikanya , aku menoleh ke arah dia . dia menoleh aku semula .
        'semua salah kau !' kataku dengan nada sedikit bergurau . mungkin suaraku agak kuat menyebabkan rakanku di bahagian hadapan menoleh kami .
        'haa.. gaduh-gaduh ,' aku terdiam sejenak . mulai saat itu , rakanku sering memerliku apabila aku berborak dengan dia . 
        'isshh.. dating je ! haha ,' itulah perlian rakanku . aku betah dengan suara kecilku . aku tahu mereka hanya bergurau . jadi aku biarkan sahaja perlian itu . cool okey ! hehe ("(>.o)