'awak tahu tak kenapa saya panggil awak ni ?' tanya seorang kaunsellor di sekolahku .
aku dan empat orang lagi rakan-rakanku masuk ke dalam bilik kaunseling dengan penuh tanda tanya . apakah kesalahan yang telah kami lakukan ??? budak-budak , asal masuk bilik disiplin sahaja pasti ada kes yang terjadi . mungkin kerana kami sering kali melihat pelajar-pelahar yang bermasalah dipanggil ke bilik disiplin , tafsiran bahawa bilik kaunseling itu medan perbincangan antara kaunsellor dan pelajar-pelajar bermasalah tersebut telah meracuni fikiran kami . ligat kami memikirkan apakah kesalahan yang telah kami lakukan . dengan nada yang besahaja , kami menjawab pertanyaan kaunsellor kami .
'takk , cikgu . kitorang dah ugut cekpah tapi dia taknak bagitau ,' seloroh seorang rakanku memandangkan cekpah seorang sahaja yang telah mengetaui apakah tujuan kaunsellor kami memanggil kami . 'baiklah , saya nak bagitau awak semua yang awak berlima terpilih untuk mewakili daerah dalam pertandingan Motivator Muda peringkat negeri,' tenang guruku berkata .
'hah ??? peringkat negeri ??' desus hatiku .
'antara awak berlima ni , siapa rasa agak-agak diri dia boleh ?' guruku bertanya .
aku hendak memberi motivasi ??? bercakap depan orang pun aku segan . ni pula depan orang ramai . aku dan dua orang rakanku yang lain menunjuk ke arah rakan sekelas kami , H , memandangkan hanya dia seorang sahaja lelaki antara kami berlima . dia juga bepengalaman dalam berpidato . jadi , kami memutuskan untuk memilih dia . guruku juga seakan setuju dengan cadangan kami .
'baiklah H , saya nak awak cuba latih kat rumah . esok saya nak tengok,' guruku bersuara . H hanya menganggukkan kepalanya .
'sepanjang tempoh ni , saya taknak awak ponteng langsung sampailah hari pertandingan nanti,' guruku berkata dalam keadaan tegas .
kata-kata guruku itu tadi telah mematikan niatku untuk ponteng sekolah . almaklumlah , dah habis PMR , suka hati je nak buat apa-apa . hikhik . jangan sesekali anda mencontohi sikap saya >_<
hari pun berlalu dan siapa sangka , guruku memutuskan diriku untuk menjadi motivator memandangkan H tidak menghadirkan dirinya ke bilik kaunseling pada hari kedua dan seterusnya . walaupun aku agak cepat gemuruh orangnya , aku bersetuju sahaja dengan keputusan guruku . rakan-rakanku juga setuju dengan guruku . aku terima sahaja walaupun agak lama masa yang diambil olehku supaya menjadi seorang yang berani bercakap di hadapan orang ramai .
'ya Allah , bantulah aku untuk menjadi seorang yang berani bercakap di hadapan orang ramai . kurangkanlah rasa gemuruhku ya Allah . permudahkanlah daku untuk menggalas tanggungjawab ini , ya Allah,' bisik hati kecilku . 1 November 2012 merupakan hari yang penuh debaran yang bakal aku lalui . hanya seminggu sahaja lagi . debarannya jelas aku alami . namun , aku hanya bertawakkal kepada Ilahi . doa ku panjatkan kepada-Nya .
ni lah bakal motivator mudanya . hakhak >_< |