karnival My Talent

 ➜ dewan seri seroja , sk parit bunga , ledang

hari ni merupakan 1 november 2012. yaa , hari yang aku tunggu-tunggukan selama ini . setelah penat berlatih di sekolah , akhirnya tiba juga hari si pertandingan ni . huhh.. berdebar hati bila masuk dewan ni . melihat kontester dari sekolah lain membuatkan aku rasa sedikit gemuruh . akan tetapi , aku cuba untuk menenangkan diriku .
        'relaks dyba relaks , kau boleh buat !' bisik hatiku .
sejurus selepas mendaftarkan diri , aku dan rakan-rakanku mengambil tempat duduk masing-masing di dalam dewan . mataku melilau melihat kontesterdari daerah lain . sungguh bergaya . sedangkan ketika itu aku sekadar berbusanakan t-shirt sukan sekolah . haha ! pelik kan ? tapi aku tidak membuat persembahan dengan t-shirt tersebut . aku membawa sepasang baju kurung untuk dipakai semasa pertandingan nanti . aku menukar pakaianku apabila guruku menyuruhku membuat sedemikian . hehe . sedang aku duduk , tiba-tiba ada seorang guru datang ke arahku dan menghulurkanku sehelai baju t-shirt berwarna oren .
        'wahhhhh !!!! dapat bajulah ! hehe,' hatiku mulai girang . tidak menyangka aku akan mendapat cenderahati . hehe . setelah membuat undian , aku mendapat giliran yang ke sepuluh ataupun lebih jelas lagi yang terakhir . huhu . tapi aku pasrah sahaja . setelah mengetahui giliranku , guruku menyuruhku menukar pakaian . yeah , jom transform ! hehe . setelah aku ciap menukar pakaian , guruku menyolekku dan memakaikanku tudung dengan gaya yang tak pernah aku pakai . ala-ala trendy gitu . hahaha . setelah selesai bersolek semua tu , aku kembali ke tempat dudukku di dalam dewan . kembali menonton persembahan daripada kontester-kontester yang lain . setibanya giliranku , tiba-tiba aku berasa cemas . tetapi aku cuba juga untuk menenangkan diriku . aku memutuskan untuk tidak memakai cermin mataku untuk menghilangkan rasa gugup . aku pun memulakan slot motivasiku..... bla bla bla... tamat sahaja slotku , aku menarik nafas lega . akhirnya berakhir juga slotku . sedang aku berjalan menuju ke tempat dudukku , sempat seorang guru mengusikku .
        'tiga hari tiga malam.. ' ujar guru tersebut dalam nada bergurau .
aku hanya tersenyum membalas gurauannya . sekarang , tibalah masa yang ditunggu-tunggukan . penyampaian hadiah . sedang hatiku berdebar menanti keputusan juri , guruku yang merupakan salah seorang juri pertandinganku datang menemuiku .
        'cikgu , dapat tak ?' soalku memulakan bicara .
        'takpe ea , lain kali boleh cuba lagi,' ujar guruku .
        'saya dapat nombor berapa ?' soalku lagi .
        'awak dah okey dah tadi . tapi tu lah.. awak dapat nombor 4 . jangan risau ea,' kata guruku dengan tenang . walaupun pada mulanya aku tidak mengharapkan sebarang kemenangan , tapi aku berasa agak sedih . tapi, okey jugalah kan dapat nombor 4 ? taklah teruk sangat . hehe ^^ aku pasrah sahaja . sekurang-kurangnya dapat sijil kan ?? hihi . aku akan buat yang lebih baik jikalau aku diberi kesempatan untuk menyertai pertangdingan ini lagi ! yeahhh ! hehe . peace ("(>.^)




cikguku , juriku . haha >_<