yeahh, alhamdulillah tahun ni dapat pergi PKS lagi. wuuhuuu ! xD tahun ni pergi mana pulak? haa.. tahun ni kitorang pergi negeri pantai timur. gomo klate gomo ! haha. kelantan marii. excited? of course ! dah lama tak pergi :P alhamdulillah perjalanan lancar tapi aku tak rasa macam naik bas. rasa macam.. macam naik rollercoaster. itulah yang dapat digambarkan. lepastu aku duduk dekat bahagian belakang jadi amatlah terasa macam naik rollercoaster. serious. pemandu bas tu bawak lajuuuuu.. mentang-mentang malam-malam kat jalam muadzam tu tak banyak kenderaan, pemandu tu pun laju je. orang kat belakang ni yang jadi mangsa. dekat selekoh tajam pun boleh potong. huhu. ok stop cerita pasal 'rollercoaster' tu. berbalik pada cerita kelantan tadi. kitorang ambil pakej 2 hari 2 malam dengan budak hos SMK Kota. walapun masa agak singkat, namun kitorang tetap gembira dan penat. hehe. paling best masa main wau ><
Ice Breaking
aktiviti pertama kitorang lepas makan laksa kelantan. sedaaapppp !! hehe. aktiviti ni lebih kurang macam main puzzle. tapi gamba puzzle ni ialah gambar tokoh PKS Kelantan iaitu.... ok lupa ! urghh >_< setiap kumpulan dapat gambar yang sama tapi potongan puzzle yang berbeza. kumpulan aku dapat potongan yang paling susahh ! urghh ! dan kitorang yang terakhir siap. huhu. oh ye.. nama kumpulan aku SuperOct sebab ada 8 orang :P
Tangkap Ikan Keli
yeahh.. ni antara aktiviti yang mencabar dan memerlukan strategi yang teratur. tengok tajuk pun dah menyeramkan kan?? tapi jangan risau.. ikan keli tu dah takde sengat. yang excited masuk budak lelaki laa. mula-mula aku fikir takde ikan dalam kolam tu sebab hos macam main-main je.. tapi bila kawan aku dah tangkap seekor baru aku percaya. budak lelaki bersungguh-sungguh kepung ikan tu. haha. aku masuk kejap je.. lepastu keluar balik. takut kena gigit. hee~
Main Wau
kitorang dibawa ke sebuah kampung tak tahu kampung apa sebab lupa nak tanya. hee :P dekat situ kitorang pergi satu rumah ni. orang rumah tu pamdai buat wau.. and i was shocked to see so many huge wau there. sangat besar ! terkejut kay. haha. biasa tengok macam kecil je. orang tu ada tunjuk cara macam mana dia buat wau. tapi.. aku kurang faham sebab tak mahir kecek klate. huhu. wau ni banyak jenis antaranya wau kucing dan wau bulan. wau bulanlah yang menjadi kebanggaan kita ! ^^v dan.. ada cerita yang menyedihkan masa main wau ni. nak main wau ni kena gilir-gilir sebab ramai kan.. jadi aku cakap laa dengan kawan aku nak main. dia pun bagi laa.. tapi aku tak reti nak kawal tali tu. jadinya tali wau aku tersangkut kat tali wau orang lain.. lepastu terus tak boleh main.. huhu :'(
Kedai Kuih Akok
dekat sini kitorang dapat tengok cara buat kuih akok secara tradisional. ala yang guna arang tuu. agak kagum dengan pekerja kat situ sebab mereka buat kerja dengan cekap dan sanggup layan kitorang. hehe. boleh tahan sedap jugak kuih ni. macam rasa kuih bakar tapi lagi lembut dan berwarna kuning kecoklatan :P wuuu.. sodap2 :P
Canting Batik
memang tak sah laa kalau tak pergi kan? masuk je tempat tu kitorang dongak ke atas. tengok apa? tengok cop batik.. hehe. pengusaha tu gantung kat atas. jadi kena dongak laa. ada jugak yang kat bawah. tapi corak cop yang digantung macam lebih menarik je.. hee :P dan kitorang jugak diberi peluang untuk mewarnakan kain yang telah dicanting. lepas tu kitorang pergi kedai pengusaha tu kat belah depan. kira macam butik pun ada. dalam tu ada banyak kain corak batik.. seriously rambang mata ! huuaaa.. tapi harga.. hmmphh.. tak payah cakap laa.. beratussss.. tapi ada jugak yang bawah rm100. kena pandai-pandai tawar laa kalau nak murah. huhu
Rantau Panjang
yeahhh ! shopping ! haha xD wait.. sebelum shopping, kena buat tugasan dulu. kumpulan kitorg kena berselfie dengan bear ! haha. ape lagii.. 1,2,3.. selfie ! haha xD then.. shopping. perkara pertama yang difikir ialah baju jersi. sekepala laa dengan budak lelaki kan. jalan punya jalan jumpa kedai jual banyak baju jersi.. gembira tak terkata. sekali lagi, aku rambang mata. haha. nak pilih baju MU ke chelsea ke real madrid.. hasrat di hati nak baju real madrid tapi pacik tu kata saiz aku takde.. seediihhhh :'(( akhirnya aku beli baju chelsea. hehe xP lepas tu kitorg meneruskan eskplorasi ke bahagian makanan tu.. jeng jeng jeng.. beli apa?? beli budu laa.. haha. kalau korang nak beli budu, beli yang cap ketereh. katanya tu yang sedapp.. budak lelaki pulak beli mangga lemak manis. penat kut nak bawa.. haha.
okey tu antara tempat yang kitorang pergi. harap korang enjoy entri ni :p and these are some pictures. enjoy k ! :P
kepada para hos SMK Kota, terima kasih banyak-banyak sebab sudi layan kerenah kitorang. maafkan kitorang andai ada perkara yang korang tak senang dalam diri kitorang. all of you are the best ! tapi.. lagi seronok kalau semua hos join sekali masa lawatan tu. mesti lagi meriah. hehe xD and last but not least, I miss all of you ! >_<
bye, kelantan :)
hi, johor ! JDT !! haha xD