PKS ^^'

assalamualaikummm ! :)

tarikh : 5-7 Julai 2013

masa ni aku dengan kawan-kawan aku join program pihak koperasi sekolah. nama program tu Pelancongan Koperasi Sekolah(PKS). program ni berlaku antara dua buah sekolah dari negeri yang berlainan. nanti sekolah kat tempat yang kita nak lawat tu akan jadi hos yang akan bawa kita ke tempat-tempat pelancongan yang menarik kat situ. kira macam kita nak melawat negeri lain, nanti ada tourist guide gitu laa :3 tahun ni kitorang gi satu sekolah kat perak ni. sekolah ni popular sebab banyak sekolah yang suka gi sini. sekolah tu pun ada sediakan banyak pakej. yang menariknya, program ni macam interaksi antara koperasi sekolah sebab program ni bawah Angkasa(Angkatan Koperasi Sekolah).jadi, hos kitorang tu kebanyakannya ahli-ahli koop laa ;)  okey laa, malas nak cite bebanyak. jom terjah gambar ea :P

HOT SPRING SG KELAH, SUNGKAI
destinasi pertama yang kitorang tuju. sebenarnya ni tak termasuk dalam pakej tu. kitorang gi sini sebab nak isi masa terluang sebelum check in kat sekolah tu kul 3 petang. almaklumlah, dari johor nak ke perak. bertolak pukul 5 pagi. sampai sini dalam pukul 10 lebih. kira mandi pagi laa kat sini :P




ni kolam biasa. untuk kanak-kanak dan dewasa.


sebelum balik.. ape lagi  >,<

HERE WE COME ! 

 PENDAFTARAN
dalam pukul 3 lebih, kitorang sampai sekolah ni kitorang daftar diri dan lepas tu dengar taklimat sikit ;)

dah sampai !




yeahh, makann xD


 KEDAI LABU SAYONG
antara tempat yang kitorang pergi, kedai labu sayong. kat Perak memang terkenal dengan labu sayong kan? jadi, tak sah laa kalau tak pergi. dekat sini ada macam-macam saiz dan bentuk labu sayong. ada yang bentuk pasu, arnab, burung and so on. yang paling aku suka, bentuk kereta. hee :b kat kedai tu kitorang dibenarkan untuk cuba buat labu sayong. tapi aku tak cuba, cuma tengok je. macam best je. okey, untuk pengetahuan korang, sabun, air dan tanah liat ialah bahan untuk membuat labu sayong.




pakcik kedai tu buat demo xD
dia dapat free sebab dia dapat buat bentuk yang hampir sama dengan yang tu >_<

 KILANG IKAN PERKASAM
dekat sini bau memang tak payah cakap laa kan. faham-faham je laa camne bau ikan perkasam tu. bahan utama nak buat ikan perkasam ni kalau tak silap beras yang disangai. ada macam-macam jenis ikan perkasam antaranya talapia, lampam dan sebagainya. tak ingat laa >_<

mesin sangai beras


 MUZIUM ARKEOLOGI, LENGGONG
muzium ni khabarnya baru dipindahkan. jauh jugak tempatnya. huhu. oh ye, kat sini ada Perak Man yang macam dalam buku teks Sejarah tu. dekat tempat Perak Man ni suasananya direka macam dalam gua. baru ada feel macam tengok dekat tapak arkeologi kan? hee. dalam tu ada jugak fakta-fakta menarik pasal zaman-zaman paleolitik tu semua. yang best kat situ ada satu bekas ni dalamnya ada banyak kulit siput. kita boleh teka berapa anggaran kulit siput dalam tu. kat sebelah bekas tu ada kertas, tulis nama dan tulis berapa anggaran kita. lepas tu hantar kat pakcik guard yang dekat kaunter. nanti kalau jawapan hampir tepat, dapat penanda buku free ^^'
perak man xD

i.c perak man. hahaha



dengan budak hos(baju hijau)

KILANG ARANG KAYU, KUALA SEPETANG
dekat Perak ni jugak ada kawasan paya bakau yang luas dekat kuala sepetang. haa, ingat tak masa belajar Geografi? ada kan ada kan?? memandangkan kat sini banyak kayu bakau, jadi ada laa beberapa buag kilang arang kayu bakau kat sini. antaranya kilang uncle ni. tapi dah lupa laa apa nama dia. kat dalam kilang ni ada banyak igloo besar tempat nak buat arang. ada beberapa step jugak nak buat arang kayu ni. tengok macam senang tapi memerlukan tenaga yang banyak. tapi sesak nafas sikit laa kat sini sebab bau asap. huhu


nampak kn igloo kat belakang tu??
suasana dalam igloo

sebelum balik xD
TAMAN PAYA BAKAU, KUALA SEPETANG
okey, kat sini tempat kitorang main explorace. ingatlan tempat ni kecik je, tapi luas sebenarnya. penat kay berlari dalam ni. serious ! masa main explorace ni, lepas satu check point kitarang akan dapat bintang. kitorang kena jaga bintang sampai akhir. tapi, kat dalam ni ada si pencuri bintang. dia akan cuba rampas bintang kitorang, tak pun buat helah konon nak tengok tapi lepastu terus bawak lari. last checkpoint kitorang kena selesaikan soalan matematik ! perghh.. memang susah. tak tau laa apa jawapannya. hentam saja laa labu.. haha. tapi memang seronok walaupun penat !
alang-alang dah jumpa, bergambarlah xD

 MASJID UBUDIAH
memang cantik masjid ni. kalau tak silap masjid yang tertua rasanya. kebetulan masa kitorang lawat ni, ada satu keluarga yang pergi ziarah makam kat sebelah masjid ni. mungkin keturunan diraja agaknya. masjid ni agak luas dan seni binanya memang cantik. karpet kat tempat solat memang lembut. rasa nak tidur situ je. rekaan-rekaan dalam masjid tu pun mengagumkan.




 GALERI SULTAN AZLAN SHAH
pernah dengar piala Sultan Azlan Shah?? haa, ni lah galerinya ! biasanya piala untuk hoki kan?? kat dalam galeri ni ada jugak kayu hoki, yang paling menarik perhatian jam yang pernah Sultan Azlan Shah pakai ! kalau korang tengok rasa nak pakai je jam tu. kat dalam galeri ni ada tiga bangunan yang boleh dilawati. tapi, dalam bangunan tu kita tak dibenarkan untuk mengambil gambar. bila masuk galeri tu kan, rasa seronok sangat. bau dah wangi, lepastu air-cond. jalan dalam tu pun cam boleh tembus-tembus. banyak ruang. lepas tu ada gambar keluarga sultan, kereta dan macam-macam lagi laa :D







KUMPULAN EMPAT :)
ni kumpulan aku. kumpulan empat. hos kitorang Fara Nadia namanya. berkaca mata, macam aku. agak pemalu orangnya. kumpulan kitorang menang sukaneka ! yeahhh!! haha. kay, stop. tak sangka jugak menang. pengalaman yang tak dapat dilupakan kut. serius. rindu sangat masa sukaneka ni. lagi-lagi masa game 'telefon rosak'. aku tak dapat nak hafal semua ayat tu. huhu. lepastu habis hancur kumpulan aku gara-gara aku. hehe. sorry korang !

ni antara gambarkitorang kat sana. kitorang ni memang gila bergambar. kejap kejap snap, kejap kejap snap. tapi okey jugak laa kan. sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu bila tengok gambar tu balik. ecehh :P tapi ni sebahagian je. nanti penat korang nak tengok xD

last day :(
pagi ni makan sedap ! tapi hari-hari makan sedap sebenarnya. hee :P
sebelum berpisah. ni antara hos lelaki. yang tiga orang blah kiri tu bukan :P

tu semua antara tempat yang kitorang lawati sepanjang kat Perak ni. memang puas hati sepanjang 3 hari 2 malam kat sini. thanks para hos sebab sudi terima kunjungan kitorang. salah silap harap dimaafkan ye. tapi, korang memang terbaikk ! oh ye, kalau korang terlibat dengan program pks ni, ajak laa cikgu korang try pakej SMK Simpang Beluru ni. tak menyesal in sha Allah.. harap korang enjoy dengan entri ni. take care ! salam ^^v