sedang aku nyenyak dibuai mimpi , tiba-tiba terdengar suara ibu mengejutkan aku daripada tidur . sambil menggeliat , aku membuka mataku perlahan-lahan...
'awak kenal arif ammar tak ?' tiba-tiba ibuku mengajukan soalan .
aik ? bangun-bangun tidur je dah kena soal ? hmmm... dengan nada yang masih separuh sedar , aku menjawab .
'kenal..' ringkas sahaja jawapanku .
'cikgu opie kata dia accident , tengah koma ,' beritahu ibuku .
memandangkan aku sedang mamai , jadi aku tidak begitu ambil kisah akan berita tersebut . seketika kemudian , aku bingkas bangun .
'betul ke amar accident ?' getus hatiku .
diriku semacam tidak percaya akan berita yang telah kudengar tadi .
'takkanlah.. hari tu baru main poke-poke dengan dia kat facebook..' hatiku mengomel lagi .
yaa , baru hari tu aku main poke-poke dengan amar kat facebook . tapi ni semua realiti . amar memang accident ! hhmm.. tiba-tiba teringat dekat dia . entah macam mana lah keadaan dia masa accident tu . kesian dia . memang aku tidak nafikan , dia sangat baik dengan diriku . selalu tegur aku . amar... : (
(klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas)